Ulasan

PUSAT peranginan Tiara Beach Resort, Port Dickson.


PUSAT peranginan Tiara Beach Resort menjadi destinasi baru di Port Dickson pada hujung minggu dan kelepasan am.
Tiara Beach Resort sesuai untuk percutian sekeluarga pada hujung minggu.

BERKELAH di pantai bagaikan sudah menjadi tradisi hujung minggu bagi kebanyakan pelancong tempatan, tetapi aktiviti di situ selalunya terhad setakat berlindung di bawah pokok sambil menikmati apa saja juadah sambil sesekali berendam dan berenang di bibir pantai.

Kini sebuah lagi pusat peranginan dibina di Port Dickson sejak Januari lalu. Istimewanya pantai buatan manusia itu terletak dalam kawasan pusat peranginan dan dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk taman tema air untuk kanak-kanak atau dewasa.

TAMAN tema yang pastinya memenuhi selera kanak-kanak.

Itulah kelebihan yang ditawarkan pusat peranginan Tiara Beach Resort (TBR), bertentangan Palm Springs Golf di Batu 13 Jalan Pantai, kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Seremban.

Destinasi percutian terbaru di Port Dickson ini amat istimewa dan unik kerana menawarkan suasana pusat peranginan tepi laut walaupun jauh dari pesisiran pantai.

Keunikan yang ditawarkan menjadikan TBR antara destinasi percutian paling popular dalam kelasnya di daerah peranginan berkenaan walaupun banyak hotel lain turut beroperasi.

Air terjun buatan

Air terjun, pelampung dan taman permainan kanak-kanak sudah tentu menggembirakan anak-anak dan ia juga tidak membahayakan keselamatan berbanding laut terbuka.

Berkonsepkan perkhidmatan pangsapuri, pusat peranginan itu bukan saja menyediakan kemudahan untuk keluarga bercuti malah acara korporat serta kegiatan bina semangat berpasukan.

TBR mempunyai bilik penginapan pelbagai saiz, servis katering dan kemudahan audio visual untuk seminar, persidangan, perkahwinan dan majlis sosial serta keraian lain.

Pusat peranginan ini dilengkapi kemudahan kelab, merangkumi restoran, kedai, pusat jagaan dan permainan kanak-kanak serta bilik karaoke, selain taman tema air di kawasan seluas 1.8 hektar.

Tujuh blok apartment dibina berhampiran kolam memberikan pemandangan amat menarik dari dalam bilik, ditambah pula perkhidmatan bermutu dari kakitangan terlatih dan berdisiplin.

Lalu, tidak hairanlah pusat peranginan berkenaan bukan saja berjaya menarik kunjungan pelancong domestik, malah turut menjadi tumpuan warga asing yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati percutian unik di TBR.

Sejak beroperasi pada 19 Januari lalu, pihak pengurusan TBR kini sedang dalam proses menjadikan TBR sebagai destinasi percutian terunggul di Port Dickson.

Untuk maklumat lanjut mengenai TBR atau membuat tempahan bilik, sila hubungi lina – 019-655 8776

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s