TBR

Tiara Beach Resort merupakan satu “Resort Laut Atas Tanah”, merangkumi 23 ekar merupakan Pantai Buatan yang terbesar di Malaysia. Ianya merupakan tempat yang paling sesuai untuk sekeluarga mengalami percutian yang menarik, selamat, menggembirakan dan seronok di samping fasiliti-fasiliti kelas satu untuk sesi korporat dan peribadi.

Resort bersepadu yang pertama di Port Dickson ini (yang mempunyai 980 unit studio dan 284 unit 2-bilik) hanyalah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Terdapat fasiliti-fasiliti lain seperti pawagam mini, gim, bilik sauna dan bilik karaoke.