Bercuti di Tiara Beach Resort Port Dickson

Bercuti di Tiara Beach Resort,PD

Weekend hari tu, kami anak beranak pergi bercuti di Tiara Beach Resort, PD. Aku bawa sekali Ayin dgn Su. Mms syok bercuti kat sini. Aparment pun ok. Ala.. Kami bukannya nak yg macam2. Janji boleh tido, ok dah la.. Setiap bilik dia ada peti ais, sinki.. Macam bilik kami, jenis studio. Ada 2 katil bujang. Gambar yg bawah ni ialah ruang tamu bilik ni. Tilam merah tu bawa sendiri ye.. Tidak disediakan oleh pihak resort.

Ni la gambar katil nye.. Ayin dgn Su la yg tidur kat katil ni.. Aku dgn En Lan kena la tidur kat tilam merah tu sbb 2 beradik ni tidur lasak. Mau ada yg jatuh katil nanti…

Azyana tak sesabar nak mandi. Sampai je, lps masuk barang dalam bilik, dia terus ajak ayahnye pergi mandi kat kolam..

Aku jadi penunggu setia je kat tepi. Masih awal lagi. Tunggu petang sikit baru la nak join. Masa ni tgh panas terik.. Tak kose la nak join Azyana dgn En Lan. Tggu lepas Asar ye Dik..Ti kita redah sume kolam dia..

Malamnya, ada la persembahan dari 2 org penyanyi cilik.. Nama mereka ialah Kin Siao Xuen dan Edward Lim. Tah asal dari mana tah.. Sbb nya tak tau, masa kami sampai persembahan dah 15 minit berlalu.. Tgk ajerla..

Bila bosan tgk budak2 berdua ni nyanyi, kami jenjalan dulu gi posing2 sekitar resort…
Azyana dgn Azzalea..

Ayin dgn Azzalea, Azyana dgn Su

Kami anak beranak..

Lepas budak ber2 tu menyanyi, ada la pertunjukan dari para pekerja resort.. Alahai, takde persembahan lain ker nak buat. Ada ke buat persembahan drag queen.. Dahla bebudak ramai yg tgk.. Tapi aku layan jee.. Sbb nya kalau dok kat bilik pun, bosan…
Pepagi tu, aku dah bangunkan Azyana. Ajak dia pi mandi. Heheh..maknye tak excited.. terlebih sudah!!

Azzalea pun kena kejut gak.. hehehe… yela, tengahari nak check-out dah. Kalau tak mandi pepagi, bila pulak kan… Tgk laa si tembam tu.. Syoknyee dia…

Penuh Adik duduk dalam pelampung nih..

Suka betul Azzalea..tgk tu, dia yg angkat sendiri kakinya..
Dalam pukul 10.30, hujan turun dgn lebat. Alhamdulillah.. tercapai gak hasrat kami nak mandi dulu sebelum hujan. Kami breakfast dulu du Beach Cafe. Dan kemudian kami naik utk mengemaskan barang2. Dalam pukul 12, kami checkout. Nak balik rasa cepat pula. Tak sampai sejam, kami dah sampai KL. Azyana dgn Azzalea, dari masuk kereta sampai KL, dah selamat tidur. Kepenatan agaknya…hehhe…

dipetik daripada

About Admin

Perunding Hartanah Lelong dan Jual Beli Rumah. Bank Lelong, CIMB MEga Auction, RHB, Ambank, rumah lelong, tips beli rumah,
This entry was posted in TBR. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s